Sunday, 10 February 2013

KARANGAN (BUDAYA KUNING)

             Negara Malaysia kaya dengan pelbagai adat,bahasa,dan budaya tetapi peribahasa merupakan elemen bahasa yang umum dan sering meniti di bibir masyarakat kita.Bak kata pepatah melayu yang berbunyi "sebelum nasi menjadi bubur" merupakan peribahasa yang dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat kita,akan keburukan budaya kuning ini.Oleh hal demikian,terdapat beberapa faktor dan cara menangani,yang perlu ditelusuri bagi budaya kuning ini.
      Ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan budaya kuning yang kian serius dalam kalangan muda-mudi di hutan konkrit pada era globalisasi ini.Hal ini kerana ibubapa yang tidak bertanggungjawab ialah mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengasuh dan pembimbing kepada anak-anak mereka.ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan kurang mencurahkan kasih sayang kedalam jiwa anak mereka,dan kurang memerhatikan gerak-geri anak mereka serta dijadikan contoh negatif kepada anak mereka.Sementelahan itu,memandangkan sibuk mengejar aspek kebendaan dan kerana mempunyai masalah keluarga seperti penceraian maka,ibubapa tidak bertanggungjawab terhadap anak mereka.
       Pengaruh rakan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan budaya kuning ini yang kian kronik  dalam kalangan remaja di negara Malaysia pada alaf siber ini.Hal ini demikian  kerana,sahabat merupakan teman sewaktu kita senang atau susah dan pembimbing kita kearah yang positif.
      Kempen juga merupakan salah satu cara untuk menangani, yang kian terpinggir dalam kalangan remaja di bumi Malaysia,pada zaman atom ini.Kempen juga dapat membantu remaja yang terlibat dalam masalah budaya kuning ini yang kian menjadi-jadi di negara ini.
      Ironiknya,penghayatan agama juga merupakan salah-satu cara untuk menangani,budaya kuning ini yang kian terkubur dalam kalangan remaja di bumi Malaysia pada zaman atom ini.Pengahayatan agama juga merupakan cara untuk menangani budaya kuning ini yang kian serius.
      Akhirulkalam,memang tidak dapat disangkal bahawa terdapat beberapa budaya kuning ini.Bak kata mutiara ,buang yang keruh ambil yang jernih,perlulahdijadikan mithali dalam menelusuri budaya kuning ini.Komitmen daripada pelbagai pihak amat diperlukan agar budaya kuning ini dapat dibendung.